Saturday, 16 April 2011

EH EH EH !?

Korang dah tengok cerita "THE OTHER GUYS" ?
This movie dah keluar pawagam and tahun lepas punye laaa.
HAHAHA Cerita ni memang lawak gila sesuai untuk ditonton oleh semua pihak di PAWAGAM.Kenapa saya cakap sesuai kat pawagam sebab ada adegan yang di potong so kalau beli CD or DVD sila jauhkan dari pandangan kanak-kanak.And apa yang bestnya tentang cerita ni ialah kita tertipu pada permulaan cerita kalau kita tak faham maksud tajuk cerita ni.Sebab mesti kita ingat Dwayne Johnson & Samuel L Jackson adalah hero cerita ni padahal The Other Guys cerita pasal orang lain.Jalan cerita tak membosankan sebab ada aksi dan stunt.Apa yang penting Toyota Prius memang cute.weeeeeeeeeeeeeeeee :)

Sinopsis cerita :
Cerita ni pasal dua orang partner dalam polis yang berangan nak jadi inspector polis yang kejar penjahat padahal diorang ni polis bantuan yang hanya siasat pasal kes ringan dan salah seorang tu memang hantu buat paperwork.Diorang ni berangan nak gantikan legend polis yang mati sebab kejar penjahat dan actually legend polis ni pun takdelah hebat sangatpun.Akhirnya muncul satu kes penipuan hartanah oleh seorang billionaire terkenal Britain maka semua polis-polis bantuan dalam department tu berebut nak ambil kes ni.Maka bermulalah perjalan 'The Other Guys' ni sebagai seorang inspector polis terbilang.Macam-macam yang diorang lalui dalam menyelesaikan masalah ni.


Pengajaran :
Dalam cerita ni kita dapat belajar bahawa jangan pandang seorang yang nerd itu adalah seorang yang baik tanpa menyiasat latar belakang dia.Kadang-kadang orang nerd itu ada sejarah hitam dan ingin berubah jadi baik.

INI TRAILERnye :)



PICTURE:
HAHAHA Hero bandar yang bodoh.

Nilah Hero yang sebenar.

:)SAM

No comments:

Post a Comment